
Eruwan Gerry Norsen
------------------------
Sebagai seorang affiliater dan usahawan internet, di antara perkara penting yang perlu anda kuasai di dalam dunia perniagaan internet adalah kebolehan untuk melakukan promosi melalui email.
Walaupun pada masa kini semakin ramai orang yang berkomunikasi melalui portal-portal sosial seperti Facebook dan Twitter, sebilangan besar pengunjung dunia online masih lagi menganggap
komunikasi melalui email sebagai salah satu cara komunikasi yang utama.
Oleh kerana itu, anda tidak boleh mengabaikan kepentingan untuk mempelajari skil untuk melakukan promosi email yang berjaya.
Di dalam artikel pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda strategi untuk memilih "Tajuk" untuk email promosi anda.
Pemilihan tajuk email yang sesuai akan menjadi penentu sama ada subscriber anda akan membaca email yang telah anda hantar kepada mereka atau tidak.
Jika subscriber anda langsung tidak tertarik atau terus mengendahkan email yang telah anda hantar kepada mereka disebabkan penggunaan tajuk yang tidak "kena" dengan mereka,
maka anda sudah terlepas satu peluang untuk menjana wang melalui promosi affiliate anda.
Mengapa tajuk email yang anda gunakan penting?
Biar saya berikan satu contoh yang mudah. Jika anda membeli suratkhabar dan mula menyelak halaman-halaman pada suratkhabar tersebut, apa yang akan menarik perhatian anda untuk membaca dengan lebih lanjut artikel-artikel yang dipaparkan di dalamnya?
Sudah tentu TAJUK artikel tersebut bukan?
Jika si penulis artikel di dalam suratkhabar itu telah menggunakan tajuk artikel yang menarik perhatian, sudah tentu anda akan terus membaca artikel tersebut.
Tajuk artikel mana yang lebih menarik?
Tajuk artikel ini: "Formula baru di dalam menjaga kecantikan"...
atau tajuk artikel ini: "Miliki Kulit Cerah Dalam Masa 1 Minggu. TERBUKTI!"....
Sudah pasti tajuk artikel kedua yang lebih menarik disebabkancara penulisannya yang lebih menarik perhatian.
Dalam pada itu, skil penulisan tajuk email promosi sepertiinilah yang perlu anda pelajari dan juga kuasai.
Berikut merupakan beberapa tip untuk menghasilkan tajuk promosi email yang hebat dan menarik perhatian:
1. Beri Persoalan -
Dengan teknik ini, anda memberikan tajuk email promosi anda dalam bentuk persoalan yang berkaitan dengan masalah utama yang dihadapi oleh subscriber anda.
Sebagai contoh, jika anda menjual barangan kecantikan, anda boleh menggunakan tajuk promosi email seperti ini:
"Mahu Kelihatan Ayu Dalam Masa 1 Hari?"
"Masih Tak Kurus-Kurus Lagi?"
"Badan Anda Berbau?"
Teknik persoalan seperti ini secara tidak langsung akan membuatkan subscriber anda terfikir tentang jawapan kepada persoalan tersebut dan untuk mengetahui jawapan yang sebenarnya, mereka akan membuka dan membaca email anda.
2. Beri Wow -
Teknik beri wow ini adalah dengan memberikan tajuk email promosi yang akan membuatkan subscriber anda terkejut. Jika mereka terkejut dengan tajuk email anda, sudah tentu mereka ingin membaca dengan lebih lanjut kandungan email anda.
Beberapa contoh untuk anda:
"RM5,490 Dalam Masa 1 Hari!"
"Hilang 5 Kilo Dalam Masa 1 Minggu!"
"Mamat Ni Memang Buat Hal!"
Pilihan tajuk email yang sesuai boleh terus membuat subscriber anda terhenti dan mahu membaca email anda pada masa itu juga. Berdasarkan kajian saya, teknik ini yang memberikan Open Rate yang tertinggi.
3. Kata-Kata Hikmat
Satu lagi teknik tajuk email promosi yang hebat adalah dengan menggunakan "kata-kata hikmat" yang tertentu di dalam tajuk email anda.
Berdasarkan kajian pakar-pakar psikologi yang utama di dunia, terdapat perkataan-perkataan tertentu di dalam kamus bahasa kita yang boleh menarik minat pembaca dengan serta merta. Perkataan-perkataan ini atau apa yang saya kategorikan sebagai kata-kata hikmat akan mampu
meningkatkan keupayaan tajuk email promosi anda sekiranya diselitkan dengan sesuai ke dalam tajuk email anda.
Di antara kata-kata hikmat ini adalah:
- Rahsia
- Percuma
- Dijamin
- Terbukti
- Terbongkar
Sebagai contoh, ayat mudah ini:
"Mudah bangun tidur."
...menjadi lebih menarik dengan penambahan kata hikmat:
"Rahsia Mudah Bangun Tidur."
Dengan penggunaan kata hikmat yang sesuai, satu tajuk email promosi yang biasa boleh menjadi satu tajuk email promosi yang hebat.
Anda boleh menguji sendiri ketiga-tiga tip tajuk email promosi yang telah saya berikan di atas dan tentukan tip tajuk mana yang lebih berhasil untuk anda.
Apa yang penting, anda perlu sentiasa berfikir secara kreatif untuk memberikan tajuk promosi email yang berlainan untuk menarik minat subscriber anda.
Ini seterusnya akan mampu meningkatkan keuntungan perniagaan anda untuk jangkamasa panjang.
Salam hormat dan salam kejayaan!
Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com
No comments:
Post a Comment