Get Profits Fast

Cara Pantas Bina Kepercayaan Subscriber

Dari Newsletter Pengurus Affiliate

Eruwan Gerry Norsen
------------------------
Sebagai seorang pemasar affiliate atau affiliate marketer, salah satu perkara yang wajib anda lakukan untuk membina perniagaan pemasaran affiliate anda adalah untuk membina
senarai subscriber.

Senarai subscriber ini terdiri daripada orang-orang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai apa jua perkara yang ingin anda kongsikan seperti strategi pemasaran affiliate,
panduan perniagaan internet atau sebarang produk affiliate yang sedang anda promosikan.

Mengumpul satu senarai subscriber yang besar belum lagi bermakna yang anda pasti akan mampu menjana keuntungan yang besar. Apa yang penting di dalam hubungan anda dengan
subscriber anda adalah dari segi kepercayaan mereka terhadap anda.

Semakin tebal kepercayaan mereka terhadap anda maka akan semakin tinggilah potensi anda untuk menjana keuntungan yang lumayan setiap kali anda melakukan promosi produk
affiliate kepada mereka.

Walau sekecil manapun senarai subscriber, anda pasti akan mampu menjana keuntungan yang baik jika mereka percaya kepada anda berbanding jika anda mempunyai satu senarai yang besar tetapi mereka langsung tidak mempunyai kepercayaan atau mempunyai kepercayaan yang nipis terhadap diri anda.

Oleh itu, pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 4 tip cara pantas untuk meningkatkan kredibiliti anda kepada subscriber anda:


Tip #1: Pemilik Perniagaan

Salah satu cara paling pantas untuk memancing kepercayaan subscriber anda adalah dengan menjadi seorang pemilik perniagaan. Apabila anda merupakan seorang pemilik perniagaan,
maka secara otomatik subscriber anda akan menganggap yang anda merupakan seseorang yang boleh dipercayaai.

Memang amat jauh bezanya jika anda menulis email sebagai seorang individu berbanding sebagai seorang pemilik syarikat.

Sebagai contoh, di penghujung email anda menulis:

Ahmad Bin Albab

... ini menunjukkan anda merupakan orang perseorangan yang melakukan promosi.

Bandingkan jika anda menggunakan:

Ahmad Bin Albab
Global Internet Solution Enterprise (atau Sdn Bhd)

... secara otomatik, persepsi subscriber terhadap anda akan berubah kerana mereka telah mengaitkan anda sebagai seorang pemilik syarikat. Walaupun hakikatnya anda cuma seorang individu sahaja di dalam syarikat anda.

Sudah tentu, anda perlu mendaftarkan syarikat anda terlebih dahulu sebelum menggunakan tip ini dan jangan sekali-kali menipu subscriber anda sebagai seorang pemilik syarikat sedangkan anda sebenarnya belum memiliki syarikat sendiri.

Anda boleh dengan mudah mengunjungi mana-mana cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di tempat anda dan memulakan syarikat anda sendiri sama ada sebagai sebuah syarikat
milikan tunggal (enterprise) atau sendirian berhad. Kos yang perlu anda keluarkan untuk menjadi pemilik syarikat jenis milikan tunggal atau enterpise pun tidak mahal dan adalah kurang daripada RM100.


Tip #2: Maklumat Berisi

Pastikan sebarang maklumat yang anda kongsikan kepada subsriber anda merupakan maklumat yang berisi. Jangan kongsikan maklumat yang anda sendiri tidak faham sepenuhnya atau tidak boleh anda jawab jika terdapat persoalan daripada subscriber anda.

Cuma kongsikan perkara-perkara atau ilmu-ilmu yang berada di dalam bidang kepakaran anda. Jangan berlagak pandai dalam sesuatu perkara walaupun sebenarnya anda langsung tak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

Pastikan yang anda memberikan maklumat yang berguna kepada subscriber anda yang mana ianya pasti boleh membantu mereka untuk menjadi lebih baik atau lebih berjaya.


Tip #3: Berikan Jaminan

Kita sering mengaitkan pemberian jaminan kepada pemilik produk yang sedang kita promosikan.

Pada kebiasaannya, si pemilik produk akan bertindak memberikan jaminan untuk satu jangkamasa yang tertentu seperti 30 hari, 90 hari sehingga 1 tahun dengan tujuan untuk menarik minat pengunjung untuk membeli produk mereka.

Amat jarang kita mendengar seorang affiliate yang memberikan jaminan terhadap produk yang sedang mereka promosikan.

Hakikatnya, sebagai seorang pemasar affiliate, anda juga boleh menawarkan jaminan anda terhadap sebarang produk affiliate yang anda promosikan.

Sebagai contoh, anda ingin mempromosikan satu produk affiliate berkenaan Panduan Emel. Anda menggalakkan subscriber anda membeli melalui pautan affiliate anda dan anda menawarkan satu bonus hebat jika mereka berbuat demikian. Sebagai tambahan, anda boleh memberikan tawaran kepada subscriber anda - jika mereka tidak berpuashati dengan pembelian tersebut, anda sanggup memberikan satu lagi bonus khas kepada mereka sebagai tanda terima kasih anda kepada mereka kerana membuat pembelian walaupun pada akhirnya mereka tidak menyukai produk tersebut.

Dengan memberikan tawaran dan jaminan seperti itu, para subscriber anda akan lebih percaya kepada anda kerana anda sanggup menanggung risiko tersebut kerana percaya pada produk
yang sedang anda promosikan. Ini seterusnya boleh meningkatkan keuntungan anda di dalam melakukan promosi affiliate.

Berdasarkan kajian, cuma sebilangan kecil saja pembeli yang akan tidak akan berpuashati dengan pembelian mereka dan memohon bonus tambahan anda. Oleh itu, anda tidak akan
rugi di dalam menggunakan strategi ini.

Tip #4: Peluang Unsubscribe

Salah satu perkara yang penting sebagai seorang pemilik senarai subscriber, anda perlu memberikan jalan keluar kepada subscriber anda untuk keluar daripada senarai sekiranya mereka sudah tidak ingin menerima maklumat atau promosi lanjut daripada anda.

Peluang ini perlu anda tawarkan di dalam setiap email kepada subscriber anda. Biasanya jika anda menggunakan autoresponder professional seperti Aweber dan GetResponse, jalan keluar ini akan diberikan secara otomatik.

Jika anda menggunakan autoresponder yang tidak memberikan fungsi ini secara otomatik, maka anda perlu memberikannya di dalam setiap email anda.

Boleh jadi setelah menyertai senarai anda, subscriber tersebut mendapati maklumat yang anda kongsikan tidak sesuai untuk mereka. Oleh itu, dengan memberikan peluang untuk unsubscribe,
maka mereka boleh keluar daripada senarai anda dengan senang hati.

Dengan berbuat demikian, anda sudah tidak memiliki subscriber yang tidak responsif terhadap promosi anda dan pada masa yang sama si subscriber tadi akan berterima-kasih dengan
sikap professional anda. Mana tahu mereka akan lebih bersedia untuk masuk semula ke dalam senarai anda pada masa hadapan kerana percaya dengan sikap anda sebagai seorang pemasar affiliate.


Itu dia sedikit sebanyak tip yang boleh saya kongsikan untuk anda pada kali ini. Saya yakin, tip-tip yang telah saya kongsikan boleh membantu anda di dalam promosi affiliate anda sekiranya anda mengaplikasikannya.

Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh menghantar email kepada saya dan saya akan berusaha menjawabnya dengan sebaik mungkin.

Salam hormat dan salam kejayaan!

Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com


eBook Import Dari China


eBook Pembungkusan Hebat


eBook Pengurusan Inventori Hebat


eBook Rekod Simpanan Hebat


Video Panduan eBay


Video Panduan Lelong

No comments:

Post a Comment