Get Profits Fast

3 Kesalahan Utama Usahawan Affiliate

Dari Newsletter Pengurus Affiliate

Eruwan Gerry Norsen
------------------------
Cara terbaik untuk mencapai kejayaan sebagai seorang affiliater atau affiliate marketer adalah dengan belajar daripada kejayaan orang lain. Dengan ini, ia bermaksud anda perlu belajar apa yang telah berkesan digunakan oleh usahawan affiliate lain yang telah berjaya seperti apa yang anda inginkan.

Namun demikian, terdapat satu lagi aspek yang saya rasa anda perlu ambil kira sebagai seorang usahawan affiliate iaitu dengan belajar daripada kesalahan usahawan affiliate yang lain!

Aspek ini penting kerana dengan mengetahui kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh orang lain, anda boleh mengelak daripada melakukan kesalahan yang sama seperti mereka. Ini
seterusnya boleh menjimatkan masa, tenaga dan juga wang anda dengan mengelakkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Dalam pada itu, di dalam artikel saya pada kali ini, saya ingin berkongsi mengenai 3 Kesalahan Utama yang telah saya lakukan sebagai seorang affiliater. Semoga anda dapat mengambil pelajaran daripadanya dan berusaha melakukan yang lebih baik sebagai seorang affiliater.

Mari kita mulakan...

1. Tidak Membina Senarai Tertumpu

Sebagai seorang affiliate, anda WAJIB membina senarai subscriber atau peminat anda dengan bantuan autoresponder atau melalui laman web sosial seperti Facebook dan Twitter.

Jika anda mempunyai senarai subscriber, maka akan lebih mudah untuk anda melakukan promosi kepada mereka dan menjana keuntungan dalam jangkamasa panjang setiap kali anda ingin mempromosikan sebarang produk affiliate baru.

Jika anda ingin lebih berjaya, anda perlu membina senarai subscriber yang tertumpu. Maksudnya di sini, anda perlu mengasing-asingkan subscriber tersebut mengikut minat
mereka masing-masing. Sebagai contoh, jika di dalam senarai subscriber besar anda mempunyai orang yang meminati internet marketing sahaja dan juga orang yang meminati bidang
pelaburan sahaja, maka adalah baik jika anda dapat mengasingkan mereka kepada 2 senarai yang berbeza.

Dengan berbuat demikian, anda boleh menumpukan promosi produk affiliate berkaitan dengan internet marketing kepada senarai tertumpu internet marketing saja dan boleh mempromosikan produk affiliate berkaitan dengan pelaburan kepada senarai tertumpu pelaburan saja.

Dengan ini, setiap kali anda mempromosikan produk yang berkaitan dengan minat subscriber tertumpu itu, anda akan mendapat respon yang lebih baik dan seterusnya mendapat keuntungan yang lebih baik daripada melakukan promosi untuk apa jua kategori produk affiliate kepada semua subscriber anda.

2. Tidak Menyediakan Bonus

Pada masa kini, terdapat ramai usahawan internet yang menawarkan peluang untuk menjadi affiliate mereka untuk sebarang pelancaran produk terkini mereka.

Oleh itu, sebagai seorang affiliater, anda akan berpeluang untuk menyertai pelancaran produk-produk terkini ini.

Selalunya apabila affiliater baru menyertai pelancaran produk ini, mereka tidak menyediakan bonus khas untuk para pembeli. Ini menyebabkan mereka sukar untuk bersaing dengan affiliater veteran dan akan mendapat tempat tercorot di dalam senarai top affiliate untuk pelancaran tersebut.

Cara terbaik untuk menghidari keadaan ini adalah dengan menyediakan bonus khas anda untuk pelancaran produk tersebut. Berdasarkan pengalaman saya, jika anda menawarkan bonus yang berkaitan dengan produk affiliate yang dilancarkan itu, maka respon yang anda perolehi akan lebih baik dan anda akan mampu untuk mendapat kedudukan yang tinggi di dalam pertandingan affiliate tersebut.

Cuba elakkan daripada menawarkan bonus-bonus yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan produk affiliate yang dilancarkan itu.


3. Tidak Menghubungi Semula

Salah satu lagi kesilapan utama para affiliater adalah tidak menghubungi semula atau tidak follow-up dengan para subscriber yang berada di dalam senarai mereka.

Untuk sebarang produk affiliate yang anda promosikan, anda perlu menghantar promosi lanjutan atau makluman lanjutan kepada subscriber anda. Berdasarkan kajian, di dalam dunia perniagaan internet, anda perlu melakukan promosi sebanyak 7 ke 10 kali kepada seseorang pengunjung sebelum mereka akan bertindak membeli produk yang anda promosikan. Keadaan ini adalah sama di dalam dunia promosi affiliate.

Anda juga perlu melakukan promosi sebanyak 7 ke 10 kali untuk setiap produk affiliate yang anda promosikan. Jangan hanya menghantar 1 email promosi atau mesej promosi saja dan terus mengharap yang anda akan mendapat pembelian. Si pembaca mungkin mempunyai pelbagai perkara yang perlu mereka lakukan dan mungkin tidak akan sempat membaca email atau mesej anda dengan sepenuhnya.

Oleh itu, pastikan anda melakukan promosi follow-up kepada para subscriber anda. Perkara ini boleh anda lakukan dengan mudah sekiranya anda menggunakan perisian autoresponder untuk membantu anda atau sekurang-kurangnya anda boleh menggunakan mesej di laman web sosial seperti Facebook dan Twitter.

Itulah sedikit perkongsian daripada saya mengenai 3 kesalahan utama usahawan affiliate. Ianya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Oleh itu, saya berharap yang anda sendiri tidak akan melakukan kesilapan yang saya lakukan ini. Semoga anda mencapai kejayaan yang lebih hebat lagi selepas ini.

Salam hormat dan salam kejayaan!

Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com


eBook Import Dari China


eBook Pembungkusan Hebat


eBook Pengurusan Inventori Hebat


eBook Rekod Simpanan Hebat


Video Panduan eBay


Video Panduan Lelong

No comments:

Post a Comment