Get Profits Fast

Strategi Affiliate 2012

Dari Newsletter Pengurus Affiliate

Eruwan Gerry Norsen
------------------------

Kini semakin pantas masa berlalu... Kita kini sudah pun melangkah ke tahun baru 2012.

Tahun 2011 sudah meninggalkan kita dengan 1001 peristiwa pahit dan manis di dalam kehidupan kita.

Dengan munculnya tahun 2012, memerlukan kita melangkah ke hadapan untuk terus berjaya sebagai seorang affiliate di dalam arena perniagaan internet.

Jika dilihat pada awal tahun 2011, terdapat sebilangan kecil usahawan internet di Malaysia yang bergelar affiliate. Kini, pada awal tahun 2012, saya menganggarkan terdapat sebanyak 2 atau 3 kali ganda jumlah affiliate di negara kita berbanding pada awal tahun sebelumnya.

Peningkatan jumlah affiliate ini bermaksud terdapat semakin ramai pesaing di dalam arena promosi affiliate di negara kita.

Dalam pada itu, sebagai satu cara untuk memastikan yang anda akan terus mencapai kejayaan yang baik di tahun 2012 walaupun dengan bertambahnya bilangan pesaing adalah dengan menggunakan pendekatan-pendekatan baru di dalam strategi affiliate anda untuk tahun ini.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa strategi affiliate yang boleh anda guna-pakai untuk tahun 2012 ini:

1. Facebook

Jika anda belum lagi mengetahuinya, cara promosi melalui Facebook semakin meningkat keberkesanannya.

Oleh itu, adalah satu langkah yang bijak jika anda turut mula menggunakan portal Facebook sebagai salah satu cara untuk anda melakukan promosi affiliate.

Harus saya ingatkan di sini bahawa untuk berjaya melakukan
promosi di Facebook, anda perlu membina hubungan terlebih
dahulu dan bukan saja bertindak mempromosi atau menjual saja kepada semua orang. Tindakan mempromosi secara melulu dengan meng-invite orang lain ke dalam group dan membuat paparan promosi di wall orang lain boleh dianggap sebagai SPAM di portal Facebook dan strategi promosi tersebut tidak akan berkesan.

Individu akan lebih mudah membeli daripada orang yang mereka kenali. Oleh itu, bina hubungan terlebih dahulu dengan Friends anda di Facebook sebelum mula bertindak mempromosikan sebarang produk affiliate. Anda akan mencapai kejayaan yang lebih hebat jika anda mampu berbuat demikian.


2. Video

Saya sudah menjalankan ujikaji ini pada tahun 2011. Jika anda boleh melakukan promosi affiliate melalui video, ia akan dapat membantu meningkatkan conversion rate atau kadar pembelian untuk sebarang produk affiliate yang ingin anda promosikan.

Terdapat pelbagai bentuk video yang boleh anda hasilkan untuk mempromosikan sesuatu produk affiliate. Anda boleh menghasilkan satu video review untuk produk affiliate tersebut, anda boleh menghasilkan satu video temuramah anda dengan pemilik produk affiliate tersebut, video testimonial pengguna dan sebarang promosi kreatif yang boleh anda lakukan dengan menggunakan video.

Pendek kata, penggunaan video di dalam promosi affiliate yang anda lakukan akan lebih memberikan impak kepada si
pengunjung kerana anda akan menyampaikan promosi di dalam bentuk audio dan visual yang lebih menarik berbanding jika anda cuma memberikan promosi secara text.

3. "Saya Nak!"

Strategi ini telah digunakan oleh beberapa rakan affiliate saya dan ianya telah mampu menjana komisyen yang lumayan untuk mereka.

Strateginya di sini adalah mereka tidak terus mempromosikan
produk affiliate kepada subscriber mereka apabila terdapat
pelancaran produk affiliate. Mereka terlebih dahulu menimbulkan minat pembaca untuk mengetahui mengenai produk affiliate tersebut dengan lebih lanjut.

Mereka akan menyuruh pembaca yang berminat untuk mengatakan "ya" di dalam email mereka atau komen "saya nak" di Facebook jika ingin mengetahui tentang produk affiliate tersebut dengan lebih lanjut.

Selepas itu, mereka yang berminat akan disuruh untuk subcribe di satu Opt-In form atau laman web pendaftaran yang mana mereka akan terus mendapat promosi lanjutan melalui autoresponder.

Dengan melakukan penyaringan seperti ini terlebih dahulu, di awal promosi mereka sudah dapat memisahkan mereka yang berminat dan mereka yang tidak berminat dengan produk affiliate yang ingin dipromosikan itu.

Dengan itu, hanya mereka yang telah mendaftar akan mendapat promosi lanjutan manakala mereka yang tidak mendaftar tidak akan menerima sebarang promosi lanjutan mengenai produk affiliate tersebut.

Strategi ini selalunya akan memberikan kadar pembelian yang lebih tinggi kerana para subscriber sudah memiliki minda positif dan sudah bersedia untuk menerima promosi produk affiliate berbanding cara promosi affiliate yang biasa dilakukan sebelum ini.

4. Penjenamaan Diri

Ini adalah satu strategi penting. Ramai affiliate yang tidak berjaya menjana komisyen affiliate tidak menyedari bahawa sebab utama mereka gagal menjana komisyen walaupun telah melakukan pelbagai promosi adalah kerana penjenamaan diri mereka yang kurang.

Maksud saya di dalam penjenamaan diri ini adalah orang lain tidak mengetahui siapa diri anda yang sebenarnya. Jika mereka tidak mengetahui diri anda yang sebenarnya maka sudah pasti akan timbul rasa sangsi untuk membeli melalui pautan affiliate anda. Mereka akan terfikir yang mereka akan tertipu, tidak akan menerima bonus, tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dan pelbagai tanggapan negatif terhadap anda.

Jangan ambil tanggapan ini sebagai satu serangan peribadi kepada anda. Ia cuma memang sikap manusia di sebarang perhubungan secara online.

Oleh kerana itu, anda perlu lebih proaktif di dalam membina penjenamaan diri anda. Anda boleh berbuat demikian dengan memberikan maklumat lanjut mengenai diri anda. Tidak semestinya menyentuh perkara sensitif atau sulit mengenai diri anda tetapi sudah memadai jika anda boleh memberikan maklumat umum seperti siapa anda, dari mana anda berasal, mengapa anda menjalankan perniagaan internet dan sebarang maklumat lain yang selesa untuk anda kongsikan.

Selain itu, gambar-gambar yang telah anda ambil bersama usahawan-usahawan internet lain juga boleh anda kongsikan kepada subscriber anda. Ini sebagai bukti bahawa anda individu yang sebenar dan bukan seorang scammer di dalam dunia internet.

Pembinaan penjenamaan diri akan mengambil sedikit masa tetapi jika anda melakukannya secara berterusan, Insya-Allah anda pasti akan mendapat "nama" anda sendiri di dalam dunia perniagaan internet Malaysia.

5. Kumpulan Mastermind

Mastermind di dalam dunia perniagaan internet bermaksud sekumpulan rakan usahawan internet yang berkumpul dan berkongsi tentang perkara-perkara yang dapat membantu sesama mereka untuk memperbaiki perjalanan perniagaan internet mereka masing-masing.

Mungkin anda berasa pelik kenapa saya menyarankan strategi ini kepada anda. Saya mungkin merupakan usahawan internet pertama di Malaysia yang menyarankan strategi ini kepada anda sebagai seorang affiliate.

Pada kebiasaannya strategi ini cuma disarankan oleh pakar-pakar usahawan internet lain untuk model perniagaan internet seperti pemilik mini-site dan eBay saja. Tetapi saya sebenarnya berpendapat bahawa strategi kumpulan mastermind juga boleh diaplikasikan kepada usahawan affiliate.

Dengan mengadakan sesi mastermind dengan usahawan affiliate lain, kita sebenarnya dapat berkongsi strategi affiliate yang berkesan dengan rakan-rakan kita dan juga dapat berkongsi strategi affiliate yang tidak berkesan kepada kumpulan kita ini. Dengan cara ini, kita dapat mewujudkan satu komuniti affiliate yang dapat saling bantu membantu di antara satu dengan yang lain untuk mencapai kejayaan sebagai seorang affiliate.

Hasil daripada perbincangan kumpulan mastermind anda ini cuma akan terbatas kepada kreativiti kumpulan itu sendiri. Semakin kreatif idea yang dibincangkan di dalam kumpulan ini maka akan lebih berjayalah kumpulan ini nanti sebagai affiliate.

Itulah beberapa strategi yang saya yakin dapat memberikan impak kepada kejayaan anda sebagai seorang affiliate jika anda mampu mengaplikasikannya di sepanjang tahun 2012.

Saya doakan kejayaan anda sebagai seorang affiliate untuk tahun ini. Sehingga bertemu lagi di kesempatan yang lain, salam hormat dari saya.

Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com


eBook Import Dari China


eBook Pembungkusan Hebat


eBook Pengurusan Inventori Hebat


eBook Rekod Simpanan Hebat


Video Panduan eBay


Video Panduan Lelong

No comments:

Post a Comment