Get Profits Fast

AWAS! Jangan Lakukan Ini

Dari Newsletter Pengurus Affiliate

Eruwan Gerry Norsen
------------------------
Model perniagaan internet berbentuk affiliate merupakan salah satu di antara model perniagaan internet yang mudah untuk dilakukan.

Sebagai seorang usahawan affiliate, anda perlu menyertai program affiliate yang bersesuaian dengan citarasa anda dan seterusnya melakukan promosi untuk produk tersebut kepada orang lain. Jika ada yang membeli melalui promosi anda, maka anda akan dapat menjana komisyen affiliate. Semakin ramai yang membeli melalui anda maka akan lebih banyak komisyen affiliate yang boleh anda perolehi.

Di sebalik konsep mudah model perniagaan internet ini, masih ramai lagi yang membuat kesalahan di dalam melakukannya. Lebih-lebih kepada mereka yang baru saja mula untuk berkecimpung di dalam bidang ini.

Di dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa perkara yang TIDAK sepatutnya anda lakukan sebagai seorang usahawan affiliate. Mari kita mulakan...

1. Mula Tanpa Belajar

Walaupun konsep affiliate mudah untuk dilakukan, ia tidak bermakna yang anda boleh terus menerjah masuk ke dalam model perniagaan internet ini dan terus menjana ribuan Ringgit pada setiap bulan!

Sama seperti model perniagaan internet yang lain, anda masih perlu meluangkan masa dan tenaga untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai strategi affiliate yang berkesan. Di dalam usaha anda untuk belajar ini, kemungkinan besar anda juga perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk-produk maklumat daripada usahawan affiliate lain yang telah berjaya untuk memendekkan jangkamasa anda untuk menguasai arena affiliate.

Jangan anggap pengorbanan masa, wang dan tenaga anda sebagai sesuai yang tiada hasilnya. Semua usahawan affiliate yang berjaya pada masa kini adalah hasil daripada usaha mereka untuk terus belajar tanpa mengenal erti putus asa. Oleh itu, anda juga perlu yakin dan terus belajar agar anda juga boleh menyertai kumpulan elit tersebut.

2. Tidak Membina Senarai

Sebagai seorang usahawan affiliate, anda WAJIB menggunakan autoresponder untuk membantu anda membina senarai subscriber. Anda boleh membina senarai subscriber secara manual tetapi ianya tidak akan memudahkan anda malah lama-kelamaan anda akan bosan dan penat kerana terpaksa menguruskan senarai email subscriber anda secara manual.

Usahawan affiliate yang bijak akan memudahkan proses ini dengan menggunakan autoresponder. Terdapat banyak autoresponder yang berkualiti seperti Aweber dan GetResponse. Anda boleh pilih untuk menggunakan mana-mana yang sesuai dengan keperluan anda.

Apabila senarai subscriber anda sudah semakin besar, maka anda akan mendapati bahawa promosi affiliate yang anda lakukan akan lebih mudah membantu anda menjana komisyen yang lebih besar. Jika sebelum ini senarai anda seramai 100 orang boleh membantu anda menjana RM100 dengan mendapat RM1 daripada setiap orang tersebut, bayangkan jika anda mampu mencapai senarai seramai 1,000 orang. Sudah pasti anda akan mampu menjana keuntungan RM1,000 dengan mendapat RM1 daripada setiap orang tersebut.

Sudah pasti contoh tadi agak ekstrem. Tetapi saya rasa yang anda faham bahawa semakin ramai orang berada di dalam senarai subscriber maka akan lebih mudah untuk menjana komisyen untuk setiap promosi affiliate yang anda lakukan pada masa hadapan.

3. Tiada Opt-In Page

Kesalahan biasa yang dilakukan oleh usahawan affiliate baru adalah tidak menghasilkan Opt-In Page atau laman web pendaftaran untuk setiap produk affiliate yang ingin mereka promosikan.

Sebaik-baiknya sebelum menghantar seseorang subscriber ke laman web produk affiliate yang anda promosikan, anda perlu menghantar mereka ke laman web anda sendiri yang mana mereka boleh mendaftarkan diri mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada anda. Setelah mereka mendaftarkan diri barulah anda menghantar email promosi produk affiliate tersebut kepada mereka melalui email anda yang seterusnya.

Perkara ini penting untuk anda lakukan lebih-lebih lagi jika anda melakukan promosi di laman-laman web yang berada di luar kawalan anda seperti melalui forum, blog milik orang lain, portal Lelong, promosi banner di laman web milik orang lain dan sebagainya. Tujuannya di sini adalah supaya anda terlebih dahulu menangkap subscriber tersebut di dalam senarai anda supaya mudah untuk anda mempromosi kepada mereka produk-produk lain di kemudian hari.

Jika anda terus menghantar mereka ke laman web pemilik produk affiliate tersebut, maka mereka yang akan mendapat kelebihan membina senarai subscriber dan anda pula tidak mendapat apa-apa untuk meningkatkan kejayaan anda dalam jangkamasa panjang.

Oleh itu, pastikan anda mewujudkan Opt-In Page untuk setiap produk affiliate yang anda promosikan selepas ini.

4. Promosi Affiliate Bertalu-talu
Satu perkara yang perlu anda elakkan adalah melakukan promosi affiliate yang bertalu-talu kepada senarai subscriber anda. Setelah tamat satu pertandingan affiliate untuk usahawan internet A, anda menyambung pula promosi affiliate untuk usahawan internet B. Setelah promosi itu tamat, anda terus mempromosikan produk untuk usahawan internet C pula tanpa henti.

Promosi affiliate yang bertalu-talu daripada anda ini akan membuatkan senarai subscriber anda tidak senang duduk dan akan mula membenci email-email seterusnya yang mereka terima daripada anda. Dalam tanggapan mereka, sudah pasti email-email anda itu cuma mengandungi promosi dan ingin menjual sesuatu kepada mereka.

Lama-kelamaan mereka tidak akan mahu membaca email anda lagi dan mungkin akan terus un-subscribe daripada senarai email anda.

Perkara paling penting di dalam menguruskan senarai subscriber anda adalah dalam membina hubungan yang baik dengan mereka. Ini bermaksud yang anda perlu memberikan maklumat-maklumat yang berguna kepada mereka dan juga memberikan hadiah kepada mereka sekali-sekala. Sudah pasti mereka akan menghargai hubungan yang telah anda bina bersama mereka.

5. Promosi Tidak Berkaitan

Bagi memastikan promosi affiliate anda akan mencapai kejayaan, anda perlu mempromosikan produk-produk yang berkaitan dengan citarasa subscriber atau pembaca anda.

Ramai usahawan affiliate baru yang tidak memahami konsep ini dan bertindak melakukan promosi affiliate rojak kepada para pembaca atau subscriber mereka.

Hari ini ada promosi membuat cup cake, besok ada promosi menjana wang dengan eBay, lusa pula ada promosi teknik memancing ikan yang hebat dan tulat pula ada promosi teknik jimat elektrik.

Dalam erti kata lain, setiap promosi yang anda lakukan adalah tidak tertumpu kepada citarasa mereka yang berada di dalam senarai subscriber anda atau mereka yang membaca blog anda.

Strategi bijak di sini adalah untuk mengenalpasti citarasa atau minat subscriber dan pembaca anda terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa promosi.

Jika perlu, lakukan survey terlebih dahulu. Anda boleh menggunakan perkhidmatan survey percuma di www.SurveyMonkey.com untuk membantu anda menghasilkan satu survey yang mudah.

Setelah anda mengenalpasti citarasa dan minat mereka, barulah anda boleh terus mempromosi produk-produk affiliate yang berkaitan.

Sebagai contoh, jika senarai subscriber anda minat memasak anda boleh mempromosikan produk-produk affiliate yang berkaitan dengan memasak seperti cara membuat cup cake, cara memasak makanan nyonya, cara membuat pastri dan produk affiliate memasak yang lain.

Jika anda dapat mengelak daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang telah saya senaraikan sebelum ini, saya yakin yang anda akan mampu menjana komisyen affiliate yang lebih lumayan lagi selepas ini. :)

Salam hormat & salam kejayaan.


Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com


eBook Import Dari China


eBook Pembungkusan Hebat


eBook Pengurusan Inventori Hebat


eBook Rekod Simpanan Hebat


Video Panduan eBay


Video Panduan Lelong

No comments:

Post a Comment