
Eruwan Gerry Norsen
------------------------
Pada penghujung bulan Oktober yang lepas, saya telah menyertai pelancaran produk terkini oleh sahabat eBay saya iaitu Noorizam Shah.
Beliau telah melancarkan produk informasi terkini beliau dalam bentuk fizikal (DVD) iaitu Video Lubuk Duit.
Berserta pelancaran produk terkini itu, beliau telah menganjurkan pertandingan affiliate untuk lebih kurang 140 affiliate yang telah bersetuju untuk mempromosikan produk terkini beliau itu.
Di penghujung pertandingan affiliate iaitu pada penghujung bulan November yang lepas, Alhamdulillah saya telah berjaya mencapai Tempat Ke-2 dan telah berjaya mengaut komisyen
affiliate sebanyak RM4356!
Tujuan saya berkongsi maklumat kejayaan saya ini bukanlah untuk berlagak atau menunjuk-nunjuk tetapi adalah lebih kepada ingin menegaskan bahawa jika saya boleh melakukannya, saya amat pasti yang anda juga akan boleh melakukannya. Tidak ada sebarang perkara menarik, magik atau lain dari yang lain yang telah saya lakukan untuk mencapai kejayaan di dalam
pertandingan affiliate ini. Apa yang telah saya lakukan di dalam pertandingan ini adalah sama seperti promosi-promosi affiliate lain yang telah saya lakukan sebelum ini.
Di dalam artikel pada kali ini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi perkara asas yang telah saya lakukan sebagai case study dan panduan untuk anda buat pertandingan affiliate yang telah saya sertai ini.
1. Produk Fizikal VS Produk Digital
Sebaik saja saya mengetahui bahawa sahabat saya Noorizam akan menghasilkan produk terkini beliau ini dalam bentuk fizikal, saya sudah ada "feel" bahawa produk ini akan mempunyai potensi untuk dipromosikan dengan lebih mudah dan akan lebih mudah untuk memancing pembeli.
Hakikatnya amat mudah - dari segi persepsi pembeli, mereka akan menilai produk fizikal sebagai lebih bernilai dan lebih bermutu berbanding jika ianya hanya dalam bentuk digital. Mereka juga tahu bahawa produk informasi dalam bentuk fizikal akan lebih memudahkan mereka kerana mereka sudah tidak perlu menunggu untuk download produk yang telah mereka beli melalui internet. Ini sendiri dapat memberikan kepuasan yang baik kepada mereka untuk
memiliki sesuatu produk fizikal.
Oleh itu, jika anda mempunyai peluang untuk mempromosikan sesuatu produk fizikal pada masa
hadapan, maka anda akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menjana komisyen yang lebih baik berbanding jika anda mempromosikan sesuatu produk digital.
2. Bonus Berkaitan
Saya rasa sudah sering saya menyatakan perkara ini di dalam blog dan newsletter saya sebelum ini. Salah satu cara mudah untuk menarik minat orang lain untuk membeli melalui pautan affiliate anda adalah dengan cara menawarkan bonus yang berkaitan dengan produk yang sedang anda promosikan itu.
Sebagai contoh, produk Video Lubuk Duit merupakan produk yang berkaitan dengan cara untuk menjana wang melalui eBay.
Oleh itu, sebagai bonus saya telah menawarkan produk-produk saya yang berkaitan dengan eBay kepada pembeli yang membeli melalui pautan affiliate saya. Dengan berbuat demikian, saya telah secara langsung menawarkan bonus-bonus yang berkaitan dengan produk yang sedang saya promosikan.
Dengan berbuat demikian, maka para pembeli akan lebih teruja untuk membeli melalui anda kerana mereka tahu mereka akan mendapat nilai tambahan dengan berbekalkan bonus
yang anda berikan itu.
Bagaimana pula jika anda langsung tidak memiliki sebarang bonus berkaitan untuk diberikan?
Anda boleh menghasilkan satu bonus berkaitan dengan mudah dengan bantuan pemilik produk tersebut.
Pada kebiasaannya, para pemilik produk akan sanggup memberikan bantuan kepada para affiliate yang ingin mempromosikan produk mereka kerana mereka tahu yang bantuan mereka itu bakal menjana keuntungan tambahan untuk mereka semasa pelancaran produk.
Oleh itu, anda boleh menghubungi pemilik produk dan mengaturkan cara untuk menghasilkan bonus untuk promosi anda.
Di antara jenis bonus yang boleh anda hasilkan adalah laporan dalam format pdf, audio dalam format mp3 atau video dalam format flash dan sebagainya. Sebagai contoh, anda boleh menemurah si pemilik produk dan menghasilkan satu produk digital untuk diberikan sebagai bonus. Ianya boleh dihasilkan dalam format pdf, audio atau video.
Apa yang penting, anda perlu berfikir secara kreatif untuk memberikan satu bonus yang berkaitan jika anda tidak memiliki sebarang bonus lain yang sesuai untuk melakukan
promosi.
3. Kredibiliti Pemilik Produk
Perkara terakhir yang merupakan perkara asas kepada sebarang produk affiliate yang ingin saya promosikan adalah kredibiliti pemilik produk itu sendiri.
Produk yang akan saya promosikan itu perlu datang daripada seseorang yang saya yakin akan reputasi dan kredibilitinya untuk memberikan apa yang telah dijanjikan di dalam produknya.
Saya amat menghargai kepercayaan yang telah diberikan kepada saya oleh setiap subscriber yang berada di dalam senarai subscriber saya.
Saya tidak mahu menghakis kepercayaan tersebut. Oleh itu, saya cuma akan mempromosikan maklumat dan bahan-bahan yang terbaik kepada mereka. Oleh itu, adalah amat wajib bagi
saya untuk cuma mempromosikan produk-produk affiliate yang saya tahu telah datang daripada sumber yang saya sendiri percayai.
Di dalam promosi Video Lubuk Duit, saya sudah mengenali Noorizam Shah dari lama dulu dan kami pernah bersama-sama di dalam program eBay. Oleh itu, saya memang yakin tentang kepakaran beliau dan yakin produk yang beliau hasilkan tidak akan menghampakan. Dengan itu, saya tidak ragu-ragu untuk mempromosikan produk barunya ini.
Dalam pada itu, anda juga harus menyimpan asas penting ini. Jangan hanya disebabkan keinginan anda untuk menjana wang, anda sanggup mengendahkan kredibiliti si pemilik produk. Jika pembeli produk meragui kredibiliti si pemilik produk selepas membeli, maka sudah
pasti mereka juga akan mula meragui kredibiliti anda sendiri selepas itu dan tidak akan tertarik untuk membeli produk-produk lain yang anda promosikan selepas itu.
Oleh itu, hargailah dan pertahankanlah kredibiliti dan reputasi anda dengan sebaik mungkin.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang boleh saya berikan untuk Case Study Affiliate Video Lubuk Duit. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat selepas ini sebagai seorang affiliate.
Salam hormat & salam kejayaan!
Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com
No comments:
Post a Comment