
Eruwan Gerry Norsen
------------------------
Adakah anda merasakan yang saya seorang yang jujur?
Jika ya, mengapa anda beranggapan sedemikian?
Adakah ianya disebabkan oleh cara penulisan saya?
Adakah ianya disebabkan oleha maklumat yang saya kongsikan dengan anda pada setiap bulan?
Atau adakah ianya disebabkan pengetahuan yang saya miliki mengenai pemasaran affiliate?
Secara purata, apabila kita mengajukan persoalan kejujuran kepada mana-mana individu mengenai individu orang lain, sudah pasti kita akan mendapat pelbagai jawapan yang berbeza.
Mungkin ada yang merasakan seseorang itu adalah seorang yang jujur disebabkan oleh cara pemakaiannya, cara percakapannya, pengetahuan yang dimilikinya, maklumat yang diberikan atau apa jua sebab lain yang membolehkan individu tersebut beranggapan sedemikian terhadap orang yang lain.
Keadaan ini adalah sama dalam dunia offline dan juga online. Seseorang akan menerima kita sebagai seorang yang jujur jika tingkahlaku kita mampu memberikan tanggapan kejujuran
kepada individu tersebut.
Sebagai contoh, anda sebagai seorang pelanggan Newsletter Panduan Kejayaan Affiliate - saya telah menjanjikan perkongsian maklumat mengenai pemasaran affiliate pada setiap bulan kepada anda. Jika saya menghantar newsletter saya secara sambil lewa kepada anda pada setiap bulan - kadang-kadang saya keluarkan dan kadang-kadang tidak, adakah anda akan mengatakan saya seorang yang jujur sedangkan saya sendiri tidak dapat mengotakan janji saya untuk memberikan newsletter saya kepada anda pada setiap bulan secara konsisten?
Sudah pasti tidak.
Anda akan mengaitkan kejujuran saya dengan maklumat yang saya berikan pada setiap bulan kepada anda dan pada masa yang telah saya janjikan setiap bulan kepada anda.
Oleh itu, terdapat pelbagai perkara yang boleh mempengaruhi persepsi orang lain mengenai kejujuran anda. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan seorang pemasar affiliate.
Sebagai seorang pemasar affiliate, anda akan menjana komisyen jika anda mampu menyakinkan orang lain untuk mendapatkan sesuatu produk affiliate yang anda promosikan.
Jika persepsi orang lain mengenai kejujuran anda adalah lemah, maka akan lebih sukar untuk anda menjana komisyen kerana tidak ada orang yang ingin membeli produk melalui pautan affiliate anda.
Jika persepsi orang lain mengenai kejujuran anda adalah kuat, maka akan lebih mudah untuk anda menjana komisyen kerana semua orang yakin dengan kejujuran anda dan akan sanggup membeli melalui pautan affiliate anda.
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengukuhkan persepsi orang lain mengenai kejujuran anda sebagai seorang pemasar affiliate:
1. Berikan Maklumat Berguna
Sebagai membina persepsi orang lain mengenai kejujuran anda, perkara mudah yang boleh anda lakukan adalah dengan sentiasa berkongsikan maklumat atau pengetahuan berguna secara percuma.
Apabila anda melakukan perkongsian tersebut, pastikan anda tidak mengharapkan sebarang balasan terhadapnya. Maksudnya di sini, anda perlu memberikan maklumat tersebut secara ikhlas.
Jika anda memberikannya secara ikhlas, maka penerima ilmu atau maklumat tersebut akan dapat merasakan kejujuran anda secara tidak langsung dan mereka akan lebih mudah menerima
saranan anda pada masa hadapan apabila anda mempromosikan sesuatu produk affiliate kepada mereka.
2. Tepati Masa
Kejujuran anda juga akan berkait rapat dengan kebolehan anda untuk menepati masa.
Jika anda telah berjanji untuk memberikan sesuatu bonus secara percuma pada satu tarikh yang sudah anda tetapkan, pastikan anda melakukan seperti apa yang telah anda janjikan. Jangan pula memungkiri janji dan tidak melakukan apa yang telah anda janjikan.
Perlakuan anda ini akan secara langsung melambangkan kejujuran anda sebagai seorang individu.
Pastikan anda mengotakan segala janji anda kepada orang lain.
Jangan berjanji untuk melakukan sesuatu perkara sekiranya anda sendiri tidak yakin yang anda akan mampu mengotakan janji tersebut.
3. Review Jujur
Saya seorang yang suka memberikan review produk affiliate secara jujur. Jika sesuatu produk yang telah saya review merupakan satu produk yang tidak baik, maka saya tidak akan memberikan review yang baik untuk produk tersebut. Jika produk yang telah saya review adalah produk yang baik dan mampu memberikan maklumat yang berguna kepada orang lain, maka saya tidak akan teragak-agak untuk memberikan review yang baik untuknya.
Maksudnya di sini, jika anda mempromosikan sesuatu produk affiliate dan berkesempatan untuk review produk tersebut sebelum mempromosikannya, pastikan anda memberikan review yang jujur untuk produk tersebut. Berikan maklumat yang sewajarnya kepada orang lain
dan jangan menyembunyikan kekurangan produk tersebut hanya kerana anda ingin mendapatkan komisyen jualan sahaja.
Jika anda mampu memberikan review produk secara jujur dan mempromosikan produk secara jujur, maka subscriber anda akan lebih menghargai kejujuran anda dan akan lebih mendengar saranan dan nasihat anda dalam jangkamasa panjang. Ini seterusnya akan mampu menjana keuntungan yang lebih baik untuk anda pada masa hadapan.
Jangan hanya kerana mahukan keuntungan jangkamasa singkat, anda melupai keuntungan yang boleh anda perolehi dalam jangkamasa panjang.
Kejujuran dan reputasi di dalam dunia online adalah segala-galanya untuk perniagan pemasaran affiliate anda. Oleh itu, pastikan yang anda melakukan yang sebaik mungkin untuk sentiasa meningkatkan persepsi kejujuran anda di mata orang lain. Ia akan mampu membawa
perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Salam hormat dan salam kejayaan!
Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com
No comments:
Post a Comment