Get Profits Fast

5 Tip Kejayaan Affiliate

Dari Newsletter Pengurus Affiliate

Eruwan Gerry Norsen
------------------------
Dalam ruangan artikel pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 5 tip mudah untuk anda mencapai kejayaan sebagai seorang affiliate di dalam dan juga luar negara.

Berikut adalah tip-tip tersebut:

Tip #1 - Fahami Produk

Anda WAJIB memahami dan mengetahui isi kandungan sesuatu produk sebelum bertindak mempromosikannya. Saya ada melihat di kalangan affiliate baru yang langsung tanpa mengetahui isi kandungan sesuatu produk, terus mempromosikannya.

Sebagai seorang affiliate, anda perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang boleh berkaitan sesuatu produk sebelum anda terus mempromosikannya.

Anda perlu berbuat demikian supaya anda boleh yakin terhadap kualiti produk tersebut.

Jika anda terus mempromosikan sesuatu produk tanpa menilai terlebih dahulu kualitinya dan juga maklumat yang diberikan di dalamnya, maka para pembeli melalui pautan affiliate anda
tidak lagi akan mempercayai anda jika produk tersebut merupakan satu produk yang tidak berkualiti.

Oleh itu, pastikan anda memahami produk affiliate tersebut sebelum mempromosikannya.

Tip #2 - Bina Senarai

Ini adalah nadi kepada perniagaan affiliate anda!

Bermula daripada awal-awal penglibatan anda di dalam dunia perniagaan internet, anda sudah perlu membina senarai subscriber anda.

Ini bermaksud yang anda perlu mula mengumpulkan senarai anda dengan menggunakan perisian autoresponder.

Anda perlu melakukan ini daripada awal kerana semakin besar senarai anda maka akan semakin mudahlah untuk anda menjana wang pada masa hadapan.

Anda boleh menyusun senarai anda berdasarkan niche affiliate yang anda berminat untuk promosikan seperti niche pemasaran internet, mlm, forex dan kewangan.

Dengan memiliki niche-niche yang tertumpu ini, maka setiap kali terdapat produk affiliate baru yang ingin anda promosikan, anda boleh terus mempromosikannya kepada senarai berkaitan
dengannya. Ini seterusnya akan membolehkan anda mendapat komisyen jualan yang lebih tinggi dengan strategi pemasaran tertumpu ini.


Tip #3 - Beri Bonus

Saya pernah menyentuh perkara penting ini di dalam artikel- artikel saya sebelum ini.

Salah satu strategi mantap yang boleh menjamin anda menerima komisyen jualan yang tinggi adalah dengan menawarkan bonus-bonus khas kepada para pembeli yang membeli melalui
pautan affiliate anda.

Lebih unik dan lebih terhad bonus yang anda berikan maka pada kebiasaannya akan lebih menarik bonus tersebut di mata para pengunjung promosi anda. Ini seterusnya akan menggalakkan mereka untuk terus mendapatkan produk affiliate tersebut melalui pautan affiliate anda.

Apa yang perlu anda ingat di dalam memberikan bonus adalah untuk memberikan bonus yang berkaitan dengan produk affiliate tersebut. Jangan berikan bonus yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan produk affiliate kerana ia sudah pasti tidak akan dapat menarik minat para pengunjung untuk membeli daripada anda.

Pemberian bonus yang hebat boleh meningkatkan pembelian anda sehingga 40% daripada biasa.

Oleh itu, ia merupakan satu strategi yang mantap untuk anda aplikasikan.

Tip #4 - Satu Promosi

Saya sering mendapat komen yang pelbagai berkaitan dengan strategi mempromosi produk affiliate.

Ada yang menyatakan kita boleh melakukan promosi pelbagai produk affiliate dalam satu masa dan ada pihak yang menyatakan bahawa adalah lebih sesuai untuk kita mempromosikan satu produk affiliate dalam satu masa.

Berdasarkan kajian saya sendiri, saya bersetuju dengan pendapat kedua iaitu adalah lebih baik untuk kita mempromosikan hanya satu produk pada satu masa.

Logiknya adalah mudah - jika anda memberikan tawaran produk affiliate dalam jumlah yang banyak pada satu masa seperti 3 sehingga 5 produk affiliate, maka ia akan mengelirukan
pengunjung anda.

Mereka akan keliru untuk memilih produk mana yang patut mereka beli.

Jika mereka terus keliru, maka besar kemungkinan mereka akan langsung tidak membeli sebarang produk yang anda promosikan.

Oleh itu, mengapa perlu menyusahkan pengunjung anda untuk berfikir terlalu lama. Cuba promosikan satu produk saja dalam satu masa dan cuba mempromosikannya dengan sebaik
mungkin.

Saya pasti strategi ini akan lebih membuahkan hasil berbanding jika anda mempromosikan pelbagai produk affiliate dalam satu masa.

Tip #5 - Terus Belajar

Untuk menjadi seorang usahawan internet dan affiliate yang berjaya, anda perlu berani mencuba perkara-perkara baru dan jangan berhenti belajar.

Hampir pada setiap hari, sudah pasti ada usahawan internet lain yang memperkenalkan teknik baru yang boleh anda pelajar sebagai seorang usahawan affiliate.

Oleh itu, anda tidak boleh berhenti belajar. Anda perlu terus belajar untuk meningkatkan pengetahuan anda dan terus mengaplikasikan ilmu yang telah anda pelajari di dalam
mengembangkan perniagaan affiliate anda.

Jika anda mampu untuk terus belajar, maka anda akan pasti mendapat pelbagai ilmu baru yang dapat anda gunakan.

Ianya penting kerana anda akan sentiasa perlu bersaing dengan para affiliate lain yang ingin mempromosikan produk yang sama dengan anda.

Oleh itu, dengan memiliki pengetahuan yang lebih dan strategi yang lebih baik, maka anda boleh menewaskan pesaing-pesaing anda dengan mudah dan mencapai kejayaan hebat sebagai seorang affiliate.

Saya cadangkan anda menggunakan mana-mana tip affiliate yangtelah saya kongsikan di atas. Walaupun anda cuma menggunakan 1 tip sahaja, saya yakin yang ianya sudah mampu membawa perubahan kepada perniagaan affiliate anda nanti. Apatah lagi jika anda menggunakan kesemua tip tersebut sekali.

Salam hormat dan salam kejayaan!

Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com

eBook Import Dari China


eBook Pembungkusan Hebat


eBook Pengurusan Inventori Hebat


eBook Rekod Simpanan Hebat


Video Panduan eBay


Video Panduan Lelong

No comments:

Post a Comment