Get Profits Fast

Kepentingan Autoresponder Dalam Promosi Affiliate

Dari Newsletter Pengurus Affiliate

Eruwan Gerry Norsen
------------------------
Dunia perniagaan internet memerlukan respon yang pantas dan tepat. Keputusan perniagaan dibuat hanya dalam satu klik saja. Namun, ada waktunya, anda perlu menghantar beberapa emel atau promosi kepada prospek ada sebelum mereka berminat untuk membeli. Lebih-lebih lagi jika anda melakukan promosi produk sebagai seorang affiliate. Masalahnya, terlalu banyak alamat emel yang perlu anda hubungi jika anda menghantar emel atau promosi secara manual. Masalah ini boleh diselesaikan sekiranya anda menggunakan autoresponder di dalam melakukan promosi affiliate anda.

Autoresponder berfungsi sebagai satu sistem penghantaran emel secara otomatik dalam sela masa tertentu, dengan kandungan emel tertentu yang telah ditetapkan oleh anda. Sebaik saja sistem autoresponder tersebut menerima pendaftaran emel daripada prospek atau pelanggan anda, maka emel tersebut akan disimpan di dalam database autoresponder dan si pemilik emel akan menerima emel lanjutan yang telah anda tentukan.

Paling penting sekali untuk sistem autoresponder ialah setiap emel yang anda hantar kepada pendaftar boleh disampaikan secara peribadi kerana sistem autoresponder tersebut akan memudahkan anda menyertakan nama panggilan untuk setiap pendaftar secara otomatik. Ini bermaksud yang si penerima emel akan menerima emel tersebut seakan-akan ianya telah ditulis secara peribadi oleh anda kepada mereka. Sebagai contoh, tanpa sentuhan peribadi, permulaan emel anda akan berbunyi "Hello Sahabat". Dengan sentuhan peribadi, emel yang sama tadi boleh bermula dengan "Hello Ahmad".

Strategi berhubung dengan prospek anda dengan menggunakan nama mereka akan meningkatkan rasa mesra dan ini menimbulkan keselesaan mereka untuk berurusan dan seterusnya membeli produk melalui anda.

Dengan ini, di dalam dunia perniagaan untuk usahawan internet, autoresponder merupakan satu senjata rahsia untuk anda melakukan promosi kepada senarai subscriber anda secara otomatik dan secara lebih peribadi!

Anda memerlukan sistem ini supaya dapat membantu menjimatkan masa anda. Bayangkan jika anda terpaksa memeriksa emel secara manual pada setiap jam hanya semata-mata untuk membalas emel prospek baru ataupun menghantar newsletter; sudah tentu ianya akan memakan masa yang panjang. Kalau mereka daftar selepas tengahmalam, iaitu ketika anda sedang nyenyak tidur, takut nanti mereka hilang minat pula jika anda terlambat memberi respon.

Sistem autoresponder boleh membantu anda mengedarkan tips, laporan dan perkembangan terbaru mengenai promosi affiliate anda. Ini akan memudahkan anda untuk berhubung secara konsisten dengan prospek. Tidak semua emel yang anda hantar harus mengandungi maklumat promosi namun yang pasti setiap emel akan menarik perhatian dan membuatkan prospek anda rasa dihargai.

Anda juga akan dapat meningkatkan kredibiliti sebagai seorang usahawan internet. Ada prospek yang membuat penilaian dari segi gaya penampilan dan kredibiliti sesuatu laman web sebelum bertindak membeli produk di laman web tersebut. Sekiranya laman web anda kelihatan terlalu ringkas dan tidak menggunakan perisian bantuan yang baik, maka mereka tidak akan tertarik untuk membeli melaluinya. Dengan penggunaan sistem autoresponder yang memudahkan penghantaran maklumat maka anda akan dapat meyakinkan prospek anda dengan mudah.

Penggunaan sistem autoresponder juga akan mampu meningkatkan hasil komisyen anda dalam jangkamasa panjang. Semakin banyak senarai emel yang ada di dalam database anda maka semakin tinggi potensi menjana komisyen yang tinggi untuk setiap promosi produk affiliate yang anda lakukan pada masa hadapan. Anda akan dapat menikmati hasil yang lumayan dalam jangkamasa yang panjang dengan pelaburan anda untuk menggunakan sistem autoresponder tersebut.

Pada masa kini terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan sistem autoresponder seperti Aweber, GetResponse, iContact, ConstantContact, TrafficWave dan yang terbaru ListWire. Anda perlu lakukan sedikit kaji selidik tentang perkhidmatan yang ditawarkan sama ada ianya sesuai untuk keperluan dan bajet anda.

Akhir kata daripada saya, sekiranya anda benar-benar serius di dalam meningkatkan keuntungan dan kejayaan anda di dalam dunia perniagaan internet sebagai seorang usahawan affiliate, anda WAJIB menggunakan sistem autoresponder untuk membantu anda.

Janganlah menganggap wang yang anda keluarkan untuk menggunakan sistem autoresponder sebagai satu kos yang membazir tetapi anggaplah ianya sebagai satu pelaburan yang penting untuk kejayaan perniagaan anda dalam jangkamasa panjang.

Saya yakin yang anda boleh membuat pilihan yang bijak.

Sehingga bertemu lagi di kesempatan yang lain, salam hormat dan salam kejayaan dari saya. :)

Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com


eBook Import Dari China


eBook Pembungkusan Hebat


eBook Pengurusan Inventori Hebat


eBook Rekod Simpanan Hebat


Video Panduan eBay


Video Panduan Lelong

No comments:

Post a Comment