Get Profits Fast

Iklan Google Adsense / Contextual Advertising

Memang tidak dapat dinafikan peluang buat duit di intenet memang banyak sumbernya dan yang hebatnya ialah ianya percuma. Cuba ingat kembali tip buat duit dengan menyertai program affiliate dimana anda boleh menyertainya percuma sahaja. Begitulah juga dengan program pengiklanan Google Adsense.  Ia percuma!

Apa itu Google adsense?

Bagi anda yang belum tahu , Syarikat pencari engin gergasi internet iaitu Google Inc yang beribu pejabat di Amerika membuka peluang perkongsian pendapatan pengiklanan kepada pemilik pemilik laman web perseorangan atau syarikat dengan menawarkan program  Contextual Advertising pay per click.

Ini adalah satu program dimana pihak Google akan meletakkan iklan-iklan berbentuk teks / banner dari pihak pengiklan (pembida iklan) ke laman-laman website pihak publisher samada perseorangan atau syarikat. Setiap iklan itu mempunyai nilai kos per klik bergantung pada pembida.

Penyertaan program ini perlu mendapat kelulusan dari Google Inc dengan mendaftar dan membuat permohonan dengan memberi url laman web anda. Setelah mendapat kelulusan, anda boleh terus login ke akaun google adsense untuk mendapatkan kod iklan adsense dan meletakkannya pada website anda. Paparan iklan-iklan adsense akan muncul selepas bebrapa minit di aktifkan. Di sini bermulalah era membuat duit dengan adsense.

Membuat duit dengan google adsense memerlukan kebijaksaan memilih topik atau niche yang menguntungkan. Niche pasaran yang tinggi permintaannya, persaingan untuk membida sesuatu katakunci carian yang popular membuatkan nilai per kliknya tinggi. Sekiranya anda membangunkan website berkenaan topik yang hangat, sudah pasti iklan-iklan adsense anda mempunyai nilai per klik yang tinggi.

Anda buat duit jika ada pelawat anda tertarik dan mengklik pada iklan-iklan adsense yang dipaparkan pada laman web anda. Katakan contoh kos per klik utk kata kunci "make money" ialah RM 1.00 dan website anda juga berkenaan make money, maka paparan iklan adsense di web anda sudah pastinya berkaitan "make money" ini dan katakan dalam sebulan 1000 klik di hasilkan maka anda buta-buta dapat RM 1000.00 tanpa buat apa-apa. Hebatkan buat duit di Internet!
Tapi perlu ingat Google akan split keuntungan ini dan anda akan dapat kurang dari itu.

Yang bestnya walaupun anda tak ada website sendiri(berbayar) anda masih boleh sertai program adsense dengan menggunakan platform membina blog percuma iaitu blogspot.com dgn syarat menepati terma-terma yang ditentukan pihak google.

Contoh laman web rakyat Malaysia yang berjaya mengimplementasikan google adsense ialah seperti di Osx-e.Com.

Sekiranya anda mencari alternatif selain daripada Google Adsense boleh juga try contextual advertising seperti :
• TargetPoint
• RevenuePilot
• Veoda
• ValueClickMedia
• Yahoo Publisher Network
• Bidvertiser
• Clicksor

No comments:

Post a Comment