Get Profits Fast

Menjual Produk Sendiri

Jika anda ada produk sendiri atau mempunyai servis perkhidmatan  sendiri, kenapa tidak memasarkan atau menjualnya di internet. Ruang untuk meluaskan pasaran anda melalui internet memang cukup besar kerana media internet dapat diakses oleh pengguna walau dimana mereka berada. Dunia kini sudah jadi tanpa sempadan dengan adanya internet ini, segala maklumat tersebar begitu pantas sehingga kemana-mana selagi akses internet.

Bayangkan anda menjual produk yang mendapat permintaan tinggi, dengan adanya kuasa pemasaran internet yang dapat menjangkau ramai sasaran pengguna, jualan produk anda pasti laris macam goreng pisang dan dalam masa yang singkat anda boleh menjadi jutawan.

Menjual produk sendiri memang berkelebihan kerana anda tahu harga kos sebenarnya, maka harga ditentukan setelah dimarkup keuntungan mengikut kesesuaian.
Seperti yang di bincangkan pada siri tip pertama buat duit di internet dengan program affiliate, dengan adanya produk sendiri kini giliran anda pula menawarkan program affiliate untuk produk anda. Dulu anda buat duit dengan menerima komisen tapi kini anda pula yang buat duit dari agen affiliate anda dan beri upah komisen pada mereka. Hebatkan kalau ada produk sendiri!

Produk apa yang boleh dijual di internet?

Ada banyak produk dan servis anda boleh jual diantaranya ialah seperti menjual ebook, perisian skrip atau software, cd/kaset, tudung, kerongsang, gelang, buku, gadjet handphone, cincin, jam, hosting, design website, grafik, copywritting, webminar, eclass dan apa-apa sajalah yang rasanya ada pasaran. Apa yang anda perlu untuk realisasikannya ialah dengan memasarannya menerusi website atau minisite jualan produk rasmi anda diinternet
Seperti biasa elemen yang penting untuk membuat duit menjual produk sendiri melalui internet ialah pemasarannya. Memiliki laman website atau minisite jualan bagi produk sendiri adalah kemestian. Tanpanya bagaimana hendak menyakinkan pengguna mengenai ciri-ciri dan kehebatan produk tersebut. Ingat anda cuma bergantung harap pada surat jualan untuk memainkan peranan penting membakar emosi pengguna  membuat keputusan membeli produk anda. Jika surat jualan di website / minisite anda teruk maka pasti pengguna tidak yakin membeli dari anda. Pastikan juga minisite anda kelihatan professional dengan memaparkan ciri ciri grafik yang menarik agar  pelanggan bertambah yakin akan bisnes dan produk anda.

Satu lagi teknik berkesan pemasaran internet ialah dengan membina satu laman web di panggil landing page atau squeez page yang bertujuan untuk mendapatkan nama dan email pelanggan dengan meletakkan borang 'opt in' sistem autoresponder. Pada laman ini anda cuma memberi sedikit info maklumat berkenaan kehebatan produk anda dan seterusnya mengumpan pelanggan untuk memberi nama dan email mereka jika mahu mendapatkan maklumat seterusnya ataupun ingin mendapatkan bonus / free gift dari anda. Ini di panggil teknik bina list (building list).
Nama nama senarai ini adalah lubuk duit anda kerana promosi minisite jualan produk anda boleh dilakukan dengan menghantar siri surat email berterusan kepada mereka sehingga dapat menyakinkan mereka membuat keputusan membeli produk anda.
Lihat bagaimana proses mudah buat duit di internet dengan menjual produk sendiri.  

No comments:

Post a Comment