Ia di bangunkan mengguna sistem skrip wordpress di mana pengguna boleh mengemas kini isi kandungan dari masa ke semasa . Ia seolah seperti diari online untuk pengguna menceritakan apa saja yang di minati / nak di sampaikan / maklumat peluang bisnes untuk dikongsi bersama pelawat atau pengunjung lain. Kini ciri-ciri Blog semakin canggih dimana pelbagai widget boleh diintegrasi dalam satu laman web seperti video, audio, imej banner, komen pelawat, widget twitter, facebook dll.
Ini menyebabkan blog teramat digemari oleh pengguna internet dan sekarang boleh dikatakan hampir semua orang yang gemar melayari internet mempunyai blog sendiri samada berbayar atau free.
Bagaimana buat duit dengan blog?
Oleh kerana sesorang itu berblog mengikut citarasa minatnya pada sesuatu bidang maka ia secara tak langsung boleh menarik minat pada pengguna lain yang sealiran minatnya. Di sinilah letaknya rahsia membuat duit di mana perkongsian ilmu dan tip-tip anda mungkin di cari / dikehendaki oleh pengguna lain.
Mari kita ambil contoh , katakan anda berblog mengenai buat duit di internet dan mencerita segala tip-tip dan maklumat mengenai kejayaan anda menjana pendapatan di internet. Pastinya pelawat blog anda juga mempunyai misi yang sama iaitu mencari maklumat bagaimana nak buat duit di internet sebab itulah mereka datang ke blog anda - tema blog anda buat duit. Dengan ciri blog yang pelbagai fungsi, anda boleh posting artikel-artikel menarik sekerap mungkin mengenai produk anda atau anda boleh letak iklan video, link affiliate - banner, adsense dan sebagainya untuk sumber rujukan pelawat blog.
Anda buat duit jika pelawat blog anda membuat pembelian dari sumber-sumber ini. Anda akan buat lagi banyak duit kalau blog anda sangat popular. Ramai pelawat lagi besarlah conversion pembeliannya.
Untuk mempopularkan atau menaikkan ranking blog, anda kena bekerja keras mempromosikannya dan mempunyai banyak backlink ke blog anda. Backlink ini bermaksud banyak laman2 blog yang lain mempunyai pautan link ke url blog anda macam seolah-olah mengundi blog anda. Pastinya apabila blog anda mempunyai trafik yang tinggi maka membuka ruangan sewa iklan di blog anda laris macam pisang goreng panas. Ini Buat duit lagi hanya dengan ada blog.
Contoh rakyat Malaysia yang buat duit dengan blog ialah seperti :
• LiewCF.Com
• Jeefooi.com
• Kennysia.Com
• Sabahan.Com
• SapiensBryan.Com
• afdlinshauki.blogspot.com
Di harap anda bakal menjadi seperti mereka denga hanya berblog.

No comments:
Post a Comment