Get Profits Fast

Dropshipping

Dropship ini adalah satu bentuk jalinan perniagaan diantara peniaga dan pembekal dimana peniaga diberi insentif pembelian harga diskaun dalam jumlah tertentu oleh pembekal dan membuat keuntungan dengan menjualnya dengan harga yang tinggi sedikit dipasaran.

Yang menariknya mengenai sistem dropshipping ini peniaga tidak perlu menyimpan stok barangan dan juga mengurus proses penghantaran ke pelanggan kerana segala pesanan semuanya diserahkan pada pembekal. Tugas peniaga hanya mencari pelanggan dengan menetapkan harga keuntungan tetapi membayar kepada pembekal dengan harga diskaun tadi. Keuntungan atas angin saja.

Untuk memudahkan pemahaman tentang konsep dropship ini mari kita buat satu contoh :
Katakan En. Ahmad seorang yang memang ligat mencari peluang bisnes telah berjaya memohon menjalinkan perniagaan dengan sebuah syarikat pembekal produk kesihatan yang menawarkan sistem dropshipping. Beliau diberi harga diskaun produk tersebut katakan RM 30 satu .Beliau kemudian mempromosikan produk kesihatan ini menerusi laman webnya sendiri dengan harga RM 50 satu termasuk penghantaran. Di sini En.Ahmad sudah membuat keuntungan sebanyak RM 20 bagi satu produk.

Apabila pelanggan membeli menerusi webnya dan bayaran sudah diterima , tugas En. Ahmad seterusnya cuma mengemukakan tempahan pelanggan itu tadi kepada pembekal dan buat bayaran mengikut harga diskaun yang ditetapkan dan pembekal terus memproses tempahan dengan menghantar produk terus ke alamat si pelanggan anda seolah-olah anda yang menghantarnya. Anda sudahpun mengambil bahagian keuntungan anda. Begitulah mudahnya buat duit mengguna internet menjual produk cara dropshipping.

Betapa hebatnya kaedah drop ships di atas kerana anda tidak perlu menanggung kos produk & penghantaran.

Kaedah untung atas angin ini sangat mudah, apa yang perlu ialah mengambil order pelanggan dan yang selebihnya diserahkan kepada pembekal (supplier).

Inilah kaedah yang dilakukan oleh mereka mereka yang berjaya buat duit banyak di ebay atau di website lelong.

No comments:

Post a Comment