Get Profits Fast

Auction Site / Lelong

Salah satu cara mudah buat duit di internet ialah menjual barangan atau produk anda ialah di laman Lelong atau Auction site seperti  Ebay, Yahoo Auction, Lelong.Com.My dan yang lain seumpamanya.

Dengan adanya Site auction ini keperluan untuk memilki web sendiri sudah tidak menjadi isu penting sebab segalanya tersedia , anda cuma perlu daftar jadi ahli dan boleh letak produk anda di sini dan terus jual.
Kerja-kerja promosi pun tak perlu sebab laman web auction site ini memang mempunyai bilangan pengunjung yang amat ramai dan tujuan mereka adalah khusus untuk mencari barangan untuk di beli. Kalau barangan anda yang di cari sudah tentu laku. Yang lagi menariknya laman lelong ini dikunjungi peminat dari seluruh dunia. Pasaran yang besar lagi menguntungkan.


Apa barangan yang boleh di jual?
Anda boleh jual apa saja asalkan ianya tidak menyalahi undang-undang.
Barang seperti handphone, baju, buku, duit syiling lama, setem lama, cenderamata, keris, barangan kraf dan antik, software, TV, CD Video, Digicam, Kamera, Malah Jet kapal terbang pun ada di lelongkan.

Anda boleh letak harga bida serendah RM 1 dan sekiranya ramai pembida yang meminati barang anda harganya mungkin meningkat berkali-kali ganda. Kebijaksaan serta kreativiti dan strategi anda dalam menjual barangan sendiri dapat membantu anda membuat duit yang lumayan melalui site auction ini.

Apa jua barangan yang anda rasa mempunyai nilai juga boleh diketengahkan di dalam auction site.
Video Panduan Lelong

No comments:

Post a Comment