Sekiranya anda mempunyai skills kepakaran website yang baik atau membuat kerjasama dengan org yang mempunyai skills dlm web development sudah tentu anda boleh mencipta sebuah portal dan komuniti untuk menjana pendapatan di sebalik free services di dalam portal tersebut. Mengapa portal dan komuniti? Ini kerana dengan melalui portal & komuniti kita boleh menyediakan pelbagai ruang utk free services dan activity online seperti online discussion forum, downloads, resources, articles, advertising, promotion, viral marketing dan lenlain elemen yang cukup banyak menguntungkan dari segi jangka masa panjang...
Contoh portal dan komuniti yang berjaya ialah seperti Cari.Com.My, Jiwang.Org dan Terato.Com ... kini mereka telah mempunyai 40 ribu lebih ahli dan mempunyai hits trafik yang tinggi kerana pelbagai xtvt online & resources di dalam forum dan portal.
Di situ mempunyai tumpuan orang setiap hari dengan pelbagai isu, mempunyai jaringan network sesama ahli dan boleh mengetahui sesuatu peluang bisnes sesama ahli. Mmg hebat penangan portal komuniti ini jika kena caranya.. Sebagai contoh mudah jika 20ribu ahli derma RM1.00 dalam masa 2 minggu, sure dapat income Rm20k tak sampai sebulan! .. Ini adalah kekuatan yang ada pada sesebuah portal besar ahlinya..
No comments:
Post a Comment