Melakukan kerjasama dengan rakan bisnes samada individu atau syarikat yang ada kaitan dengan perniagaan online anda adalah merupakan jalan pintas untuk membuat duit yang lumayan di internet. Kerjasama ini juga jelas dapat menjimatkan kos dan masa.
Adalah mustahak sebelum menjalin ikatan kerjasama ini kedua-dua pihak perlu menyetujui menawarkan perkhidmatan yang saling bantu membantu memajukan bisnes rakan partner masing-masing.
Contohnya anda tidak tahu buat website tetapi anda boleh buat
pakatan strategik dengan mana-mana web developer utk membangunkan web anda dengan perkongsian keuntungan yang dipersetujui.
Dengan ini anda boleh fokuskan kepada idea bisnes dan marketing strategy manakala rakan kerjasama pula yang membangunkan web sepenuhnya. Dgn ini kita mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Dengan mempelbagaikan rakan kerjasama dalam sesuatu bisnes sama ada aspek marketing, production, development etc anda akan mempunyai team yang mantap dan membolehkan bisnes anda berkembang dengan lebih baik.
Selain itu anda juga boleh buat JV dengan company yang menawarkan komisyen bagi setiap jualan produk/servis mereka, ia adalah mudah kerana ia sekadar menyedia tempat iklan produk di website kita dan mengambil order bagi produk mereka yang boleh memberikan komisen yang lumayan.
Saya telah menjimatkan kos beribu dollar USD melalui JV dengan client luar negara yang memberi ruang dan peluang kepada akses
resources web & software development serta testimonial yang sedikit sebanyak meningkatkan imej dan reputasi Softhands Creative Studio.
Kesemua resources hasil daripada kerjasama strategik dengan client luar negara dapat meningkatkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang belum kita kuasai.
Misalnya anda tidak mempunyai kepakaran di dalam PHP programming namun boleh JV dengan beberapa web programmer yang sudi bekerjasama dan mengambil untung atas dasar profit-sharing dan seterusnya menjadikan sesuatu project itu bersifat lebih kepada
“win-win situation”.
No comments:
Post a Comment