Get Profits Fast

Strategy Affiliate Zen

Dari Newsletter Pengurus Affiliate

Eruwan Gerry Norsen
------------------------
Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu strategi affiliate yang saya panggil sebagai Strategy Affiliate Zen.

Strategi Affiliate Zen ini adalah berdasarkan 3 asas utama yang mempunyai kekuatan untuk membantu seseorang usahawan affiliate untuk berjaya.

3 asas utama yang saya maksudkan ini adalah Objektif, Fokus Usaha dan juga Tindakan Konsisten. Biar saya hurai dengan lebih lanjut ketiga-tiga asas ini.

Asas pertama di dalam Strategy Affiliate Zen adalah Objektif. Dalam apa jua perkara yang anda lakukan sebagai seorang usahawan affiliate atau affiliater, anda perlu jelas dengan objektif yang ingin anda capai.

Sebagai contoh, jika anda menyertai sebarang pertandingan affiliate, anda perlu jelas objektif anda untuk menyertai pertandingan tersebut. Adakah anda ingin mencuba satu strategi promosi yang baru? Adakah anda ingin menambah subscriber? Berapakah komisyen affiliate yang ingin anda capai di penghujung pertandingan affiliate tersebut?

Jika anda jelas tentang apa yang ingin anda lakukan di dalam apa jua perkara yang anda lakukan sebagai seorang usahawan affiliate, maka ia akan memudahkan usaha anda untuk mencapai objektif yang telah anda tetapkan kerana anda sudah tahu arah tujuan anda.

Ramai usahawan affiliate langsung tidak tahu arah tujuan mereka dalam melakukan sesuatu. Dengan contoh tadi, jika mereka menyertai sesuatu pertandingan affiliate, mereka sendiri tidak tahu berapa komisyen yang ingin mereka capai. Mereka cuma menetapkan "Ingin menjana komisyen affiliate" tetapi tidak tahu apa sebenarnya target yang ingin mereka capai.

Asas kedua adalah Fokus Usaha. Berdasarkan hukum alam dan ianya dikenali juga sebagai Pareto Principle, setiap 20% perkara yang anda lakukan akan membuahkan 80% hasil.
Sama juga disebaliknya, 80% daripada apa yang anda lakukan cuma akan membuahkan 20% hasil.

Hukum ini memerlukan anda untuk menumpukan usaha anda kepada "The Vital Few" atau sedikit perkara yang mampu memberikan hasil yang terbaik.

Pada masa kini, terlalu ramai affiliater yang bertungkus- lumus untuk melakukan pelbagai perkara dalam satu masa.
Menulis artikel, post di Facebook, email subscriber, melakukan promosi banner, berbincang di forum dan sebagainya.

Jika dikaji dengan betul, cuma 20% daripada kesemua perkara yang mereka lakukan itu akan membuahkan hasil untuk perniagaan mereka. Sebagai contoh, mungkin post di Facebook
dan promosi banner sahaja yang betul-betul membuahkan hasil dan memberikan komisyen affiliate kepada mereka. Segala perkara lain yang mereka lakukan tidak membuahkan sebarang
hasil dan cuma membuang waktu mereka.

Oleh itu, anda perlu mengkaji aktiviti anda yang mana membuahkan hasil yang terbaik untuk perniagaan anda. Jika anda dapat mengenalpastinya, maka anda boleh luangkan lebih banyak masa untuk melakukan perkara tersebut yang pasti akan memberikan impak yang lebih baik kepada keuntungan anda.


Asas yang ketiga dan terakhir adalah Tindakan Konsisten. Sama seperti seorang atlet, anda perlu sentiasa berlatih dan berusaha secara konsisten untuk terus kekal pada tahap tertinggi anda sebagai seorang affiliater.

Amat ramai usahawan internet yang menceburkan diri di dalam dunia perniagaan internet sebagai seorang affiliate tetapi yang berada di dalam arena ini sehingga kini daripada beberapa tahun yang lepas cuma sebilangan yang kecil sahaja. Mereka inilah yang telah berusaha secara
konsisten untuk meningkatkan pengetahuan mereka dan berusaha untuk memperbaiki strategi affiliate mereka untuk jangkamasa yang panjang.

Oleh kerana itu, mereka mampu untuk bertahan di dalam arena affiliate dan terus menjana komisyen affiliate secara konsisten pada setiap bulan.

Anda perlu mempunyai iltizam seperti itu. Anda perlu terus konsisten di dalam usaha anda dan jangan sekali- kali mengalah dengan mudah apabila anda dihantui sebarang masalah.

Itulah 3 asas utama Strategi Affiliate Zen. Saya berharap yang anda membaca semula ketiga-tiga asas di atas dan cuba aplikasikannya di dalam kehidupan seharian anda.

Saya amat yakin jika anda mampu mengaplikasikannya, Insya-Allah anda akan mampu mencapai kecemerlangan di dalam perniagaan anda selepas ini.

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Oleh kerana itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua ahli yang merayakannya dan selamat bercuti. Jika anda akan berjalan jauh semasa cuti nanti, pastikan yang anda berhati-hati semasa berada di jalanraya.

salam hormat dan salam kejayaan dari saya!
Eruwan Gerry Norsen
Pengurus Affiliate
www.EruwanGerryAffiliates.com

No comments:

Post a Comment